
Mungkinkah kunci kebahagiaan itu hanya sekadar kesyukuran di hati?Setelah pelbagai cara sehingga peluh dari usaha ini telah meningkat tahap 1 gellen,masih juga,aku tidak pernah bukan sekadar merasa malahan membau kegembiraan.Walau bagaimana pun hati ini teruk dilukai,walau berapa kali pun dilukai seteruk itu,sememangnya aku masih hidup,tetapi hidup sampai bila jika hati tidak pernah kenal erti kegembiraan dicelah celahan kehidupan yang aku lalui.Entah sejak bila,hidup ini hilang warnanya.Entah bila pula bercita-cita hendak mewarnainya tetapi disebalik itu aku telah melunturkan lagi warna "putih" yang sedia ada dalam hidup ini.Baru aku sedar rupa-rupanya hidup ini sudah kurang maknanya.Cita-cita dihalang,cinta selalu dikecewakan,persahabatan pula mula dilupai.Ya! aku tidak nafikan yang sememangnya aku ini masih hidup.Tetapi hidup apakah yang di namakan kehidupan jika maknanya mulai luntur dan pudar.Hari demi hari,aku cuba untuk cari keceriaan disebalik hari yang kejam.Bila aku temui kegembiraan yang bernilai 3saat aku terpaksa membayarnya dengan nilai kesedihan yang bernilai 4 jam.Pernah pula aku terfikir jika aku terus lenyap di muka bumi ini....maka tiada siapapun yang akan sedar..malahan teruskan kehidupan mereka dengan senang.Sekarang aku sedang mencari ....apa makna yang sebenarnya harus aku ada disini..di bumi Allah S.W.T...Aku tidak mengharap apa2 dengan meningalkan larangan mu.Malahan apa yang aku pinta hanya jalan untuk aku mencari erti kehidupan dan sebab untuk kembali ceria dan gembira seperti dahulunya.Mungkinkah kesalahan aku juga kerana telah memasuki ke kancah yang aku beri nama "cinta" telah menyebabkan kerapuhan pendirian dan juga kesedihan yang melanda setiap kalinya?.....Hati ini sudah terluka,terlalu banyak kali sehingga aku sendiri tidak sedar lagi bila dilukai....hati ini seolah-olah di jadi hanya fungsi untuk aku hidup dan bukan untuk aku merasai apa-apa perasaan sekalipun.Sekali lagi aku harus mengingatkan diri aku yang aku masih hidup!...ya aku masih hidup.....begitu lah fikiran ini cuba merawat luka di hati namun...sampai bila?Aku bersyukur kerana diberi ketabahan untuk menjalani kehidupan sehingga kini.Aku bimbang dan dengan itu aku juga cuba bersedia untuk menjadi lebih tabah menempuhi kehidupan yang kosong ini.Moga2...aku masih boleh mempercayai hukum balasan.........

1 comment:
if u dissapear frm da surface on earth..i'll knw it immediately..
n i can feel sumthing missing..
coz u r my best buddy cow..
losing u will be my greatest loss in life..so plz..dun say like tis again!!u can doubt everything bout me..moral, religion, way of life, money, woman and etc..
but dun ever doubt my friendship 2 u..
(ckp sayur mmg gay sikit~tapi i mmg sayang u tau?)
Post a Comment