Thursday, September 20, 2012
Ulang tahun pertama dan hubungan ini
SEBELUM BACA:
Assalamualaikum kepada semua pembaca! Post kali ini seperti post-post yang biasa mengandungi bahasa-bahasa dan ayat-ayat yang mungkin tidak sesuai digunakan dan pengunaan bahasa bercampur aduk. Terima Kasih. :)
================================================================================
Aku bersyukur, btl2 bersyukur aku berpeluang untuk menyambut ulang tahun dgn dia. Siapa sangka aku berjaya pertahankn hubungan ini selama setahun dan aku harap untuk kekal selama-lamanya sehingga masuk ke alam perkahwinan dan sehingga ke anak cucu. Namun selama setahun ini macam-macam berlaku, ada manis dan pahit. Aku tak kisah yang pahit kerana yang manis mampu lupakannya tapi aku risau kerana aku juga kerana hal yang lalu mungkin dapat merapuhkan hubungan ini. Ya hubungan ini ada titik rapuhnya iaitu jika berlaku hal curang dan tipu serious. Biar la aku ceritakan sikit kenapa curang menjadi satu risiko dalam hubungan ini, aku ada satu perangai iaitu aku tak akan terima hal curang, sekali curang cukup la, kerana dalam prinsip hidup aku, jika tergamak mencari yang lain maka die lebih mencintai yang kedua itu. Kalo aku dapat tahu mmg ak tggalkan, tp aku sendiri pn riso kalo ad org2 yang tak puas ati atau apa2, riso kne sabotaj. Hidup dan masa depan ini kita tak tahu lagi apa nak jadi. Sebagai contoh skrg aku x sangka aku akan menulis blog tentang ulang tahun aku dgn Farah! sedangkan post2 yg lalu tu penuh dgn kesedihan aku mencuba untuk menangi ati seseorang yang tak berbaloi. Aku 100% pasti aku tak akan curang dan aku yakin dia pn xkn. Jika berlaku aku akan siasat sehabis habisnya, aku bukan jenis senang lepaskan org yg aku cintai.
Titik rapuh kedua dalam hubungan ini ialah Tipu, hal ini la yang sgt menakutkan aku. Rapuh sungguh! Kes boleh jadi apa sahaja. Namun ini semua atas kesalahan aku yang lalu. Aku x thu mcm mne ak nk handle dgn hal mcm nie. Terlalu jujur tentang 100% perkara mungkin membosankan dan boleh merosakkan sbg cth hal iPod. Aku cuba sedaya upaya untuk tak tipu langsung, sebenarnya aku sendiri risau. Tipu ini boleh jadi terlalu subjective. Setelah aku btl2 fikir selepas hal iPod tu, aku rasa tipu dan jujur ad jenis2nya. Kalau halnya serious aku akan elak 100% tipu. Sebagai cth jikalau hal yang melibatkan maruah atau nyawa org tentang hal2 dan aku terpaksa tipu demi itu aku rasa aku terpaksa juga demi menjaga maruah dan nyawa org2 yg tertentu dan jikalau dia tahu aku tipu walaupun dia tahu aku btl2 terpaksa dan masih mahu meruntuhkan hubungan ini aku rasa aku sendiri tak dpt buat apa2. Aku maybe akan pujuk sedaya upaya dan kalo masih x berjaya aku kena reda. Ini la hal aku menghantui aku tentang kes tipu nie. Bila2 masa sahaja mungkin hubungan ini boleh hilang! perjalanan ke arah perkahwinan tersgt jauh! lg 4 tahun ! Aku tahu perkahwinan bukan alasan untuk aku break the promise and tipu sbb aku tahu ikatan kawin itu kuat dan bukan main namun secara logiknya bukan mudah untuk berpisah dari perkahwinan berbanding hubungan cinta yang ikatannya hanya cinta, keluarga pn belum ad ap2 lagi. Sebenarnya aku nk jugak cepat wujud kan hubungan ikatan dgn keluarga dia namun....ermmmmm bg mereka aku bukan yg baik untuk gadis mereka. Aku sedar rupa aku sebegini, cara aku sebegini, status aku begini belum cukup baik utk mereka namun sejak dari hri aku kne reject dgn mak dia aku sll cuba baiki cacat cela aku non-stop. Aku kena cermin diri.
2 faktor yg kt atas ni la menakutkan aku.
---------------------------------------------------------------------------------
Indah sungguh malam 18/09/2012. Dihiasi dgn senyuman kekasih aku yang mampu melenyapkan penat lelah sedih dan resah aku. Bagi aku, malam itu antara malam-malam aku yang paling indah. Setelah selesai aku dan dia makan malam mewah, aku terus ke tmpt paling bermemori di dalam hubungan aku dan dia. Di dalam perjalanan aku berjaya membuatnya terasa sungguh puas dan bahagia.Setelah tiba aku, meluangkan masa di luar bersama dia. Mata dia bersinar cantik seolah2 aku tengelam di dalam keindahan menyintai dia. Sedang aku menikmati keindahan malam itu, aku terdgr nyayian dri dia. Walaupun tiada yang istimewa namun kehadiran dia membuatkan aku terasa meriah dan ckup, ya segalanya sudah ckup dgn kehadiran dia. Sedang aku merasakan nikmat ini aku terfikir juga adakah ini semua akan kekal? Masalah dgn diri aku ialah aku takut untuk merasai terlalu seronok kerana aku tahu aku bakal menangis nnt. Tp aku kalah dgn nikmat2 dan keindahan malam itu, aku terus melayan diri. Jam menunjukan pukul 11:55PM lagi 5 minit untuk merayaikan setahun umur hubungan aku dan dia.
12:00AM 19/20/2012 pom pom ! Aku tarik botol plastik yang aku beli untuk tanda merayaikan setahun hubungan ini. Seterusnya aku sungguh tak percaya! Farah ada hadiah untuk aku! Hati aku mulai berdebar kerana aku yakin! iPod yang dibelinya dahulu sudah dia jual. Apakah hadiahnya itu? selepas hampir 3 minit aku pejam mata seperti yang disuruh aku membuka mata selepas disuruh sejurus selepas itu aku terus terkejut dgn ayat "Happy Anniversary syg!" melalui iPod! Aku merasai sungguh gembira!sudahlah aku mabuk dgn keindahan cinta dan malam yang memukaukan itu, ditambah pula dgn hadiah yang paling aku mahu! Jantung seolah2 degil untuk tidak berdegup seperti sedang berlari. Terlalu gembira sehingga tersengih2.Malam itu terlalu hbt.
Aku berjanji sekali lagi dgn diri aku walaupun sudah berjanji hampir setiap kalinya bersama dgn dia, bahawa aku Muhammad Khairi tak akan meninggalkan Farah (tulis nme penuh bahaya blog ni kdg2 org mne2 jek bce riso2).
Aku nk akhiri post istimewa kali ni dgn rasa ribuan kesyukuran dan penghargaan kepada Farah insan yang paling aku cintai. Semoga sehingga ke pelamin dan ke anak cucu sehidup semati. I LOVE YOU, i have never meant saying something as much as this. Walau bagai mana pn aku sakit, walau apa pun terjadi, walau sibuk bekerja, walau sibuk belajar, walau sibuk berfikir tentang hal2 lain, aku confirm 1 la, x pernah sedetik dari setiap saat aku tak fikirkan dia. Cinta aku bagaikan sungai yang tak pernah henti mengalir. Disetiap nafas ini aku lega dengan rasa cinta aku pada dia. Hebatnya cinta aku tiada ukuran mampu mengukurnya, tiada bahasa mampu mengungkapnya dan tiada penghujungnya sehingga ke nafas yang terakhir.
Cinta itu bg aku adalah dia.
Love is all she is.
Sekian post kali ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


4 comments:
u make me cry like a mad dog now...hahaha reali happy for u n farah!! please remains like tat always n forever ok? =')
Sedarlah yg selamanya itu hanya Allah SWT. Bkn hubungan. bkn perkahwinan. Semuanya bakal berakhir..
ok this is funny. I hope you read this Raffy. Farah got married to another dude! hahahahahahhaha. Nothing is ever as it seems. Like a plot twist if you only read this part of my blog. Life is such mysteries and such a journey. For that, it would be such a bliss to have you here with me. If only. If only. I can only hope that one day you'll read this.
Post a Comment